Friday, March 4, 2011

Bab 8: Al-Ghaznavi Raja Bijak Bestari

§        §        §
Shakranta merenung semula ke arah pesisir di kuala Sungai Muda. Ombak menepuk-nepuk dan menggosok-gosok, membelai pantai Kedah Negara, dedaun nyiur pula melambai-lambai seperti mengucapkan selamat jalan kepada dirinya. Kapalnya meluncur ke hadapan, muncungnya membelah samudera seperti bajak membelah tanah lumpur nan lembut di petak sawah. Sejurus kemudian, bagaikan sebuah buaian gergasi, ia mengoleng onggol mengikut rentak alunan ombak yang  malar, berulang-ulang dan sungguh memukau dan mengkhayalkan. Mengayun, membuai dan mengulit gayanya, membuat Shakranta terasa begitu enak. Mengajak dirinya, dengan tubuhnya yang kini begitu keletihan, supaya menyerah sepenuhnya kepada damai indah yang kini tiada lagi gangguannya.

Sinar suria lewat petang berwarna jingga keemasan memancar terik ke mukanya dari arah barat. Arah yang akan dituju oleh bahteranya selama sepurnama yang mendatang, hingga tiba di Pulau Singhala.

§        §        §
“Putera Shakranta!” Sultan Mahmud bersuara. “Akhirnya tiba juga Tuan di sini. Selamat datang ke Ghazna."

"Terima kasih, Tuanku Sultan," balas Shakranta.

"Begitu lama Beta menunggu ketibaan Tuan. Sungguh hebat nama Tuan di kalangan para saudagar dan perantau dari Rantau Tenggara.”

“Tuanku Sultan terlalu memuji. Kita tidak sehebat itu. Amat jauh bezanya berbanding Tuanku Sultan. Bagaikan pipit dengan sang enggang. Laksana anak lembu dengan seladang garang.”

“Ohhh, tidak begitu Putera Shakranta. Tuan terlalu merendah diri. Mari … Beta perkenalkan … ini dua Panglima Muda yang sedang pesat meningkat naik dalam bala tentera Ghazna. Yang ini … Panglima Tegrud dari bumi Turkestan … dan yang ini … Panglima Ashgar dari kota Esfahan di negeri Parsi.”

Shakranta berjabat tangan dengan dua panglima muda itu. Apabila berdiri berhadapan dengan Panglima Ashgar, di antara keduanya seperti saling terpegun seketika.

“Pingat rantai di dada Tuan itu … asalnya … daripada Panglima Marduniya, bukan?” tanya Panglima Ashgar.

“Dan pingat di dada Tuan juga,” balas Shakranta.

“Bererti kita berdua saudara sezuriat … daripada Panglima Marduniya,” Panglima Ashgar membalas kembali.

“Dan dengan itu daripada Raja Dara, Raja Vishtashpa, Raja Dahyu Ka … dan seterusnya hingga ke Panglima Kambujiya,” sambung Shakranta. "Kerana Marduniya itu ibunya adalah adik perempuan kepada Raja Dara."

“Kita berdua daripada jurai isteri Marduniya yang kedua, bukan?” tanya Ashgar.

“Tepat sekali,” Shakranta mengiyakan. “Jurai Adriana, gadis Trakya, dan dua anak kembarnya dengan Marduniya, iaitu Arta Khshathra dan Mardunisa.”

“Ya. Memang seperti yang hamba jangkakan. Zuriat mereka berdua bernikah kahwin dan beripar-duai dengan kerabat Wangsa Hakhamanesh. Masa berlalu … wangsa dan raja silih berganti …” Panglima Ashgar menyambung.

“Hingga akhirnya … di zaman Wangsa Sassan … seorang cucu cicit Mardunisa … Putera Ardavaz namanya … merantau ke Pulau Singhala dan di sana bertemu dengan Putera Buddhagupta dari negeri Benggala … seterusnya mereka berdua belayar ke Semenanjung Emas. ”

"Tuan hamba tahu kisah itu?", tanya Shakranta, agak kehairanan.

"Sudah tentu," jawab Ashgar. "Kisah Putera Ardavaz dan seorang cucu cicitnya yang akhirnya menjadi pendiri Wangsa Dharmakusuma di Amdan Negara membuat seluruh zuriat  Arta Khshathra dan Mardunisa di Esfahan begitu bangga dengannya."


The ship lurched forward, the ocean parting before its prow. Then, like a giant cradle, it began to roll and dip to the spellbinding, hypnotic beat of the waves, rocking and lulling the exhausted Shakranta, slowly but surely, into a dozy stupor. Coaxing him to surrender his tired body, his fatigued mind, his entire self, to the bliss of undisturbed peace.


§        §        §
As Mahmud strode onward, the press of warriors parted before him. Persian, Turkmen, Tartar, they all revered him to a man.
§        §        §        §        §        §        §        §        §        §
§        §        §        §        §        §        §        §        §        §
“To my dear friend, Shakranta, Supreme Ruler of Amdan Nagara.

It has been a long time since We had the pleasure of your friendship and companionship. I shall always remember fondly those happy times we shared together. You, We, General Ashgar and General Tegrud, in Ghazna and also in Byzantium, as well as out in the open seas.

“We are now planning to invade Soma Natha. We would like you to be in our army. We shall attack through the Thar desert. This time, we shall make all of them Musulman. Either they submit, and they shall have peace, or they perish.”

The Golden Temple had the statue of an idol, Soma Natha, Protector of the Moon God, who gave his name to the elegant building, as well as the city that housed it. The statue hung in the air, in the middle of the temple, touching neither any surface nor any substance. Nothing held it in place, except the air in which it floated. It was a miracle that defied the explanation of any scholar, far or near. The Hindus held it in highest esteem. Whoever beheld it floating as such was surely struck first with disbelief, then with reverent awe and amazement, be he Musulman or otherwise.

The Hindus believed that the temple was first built with gold by Chandra, the Moon God, after he had his curse partially lifted by Lord Shiva. A curse given by Chandra’s father in law Daksha, to punish him for being overly arrogant about his beauty, which caused the moon to wane, completely. Shiva’s intervention then made the moon wane only periodically.

The temple was then adorned further, they claimed, with silver by the demon Ravana, with sandalwood by Lord Krishna, and with stone by Bhima Deva, king of Gujarat, of Solanki dynasty.

The Hindus would go to Soma Natha during a lunar eclipse, whence they would gather to exceed many score thousands. They believed that their souls would meet there after separation from their bodies, to be incorporated by Lord Soma Natha in other bodies as and when he deems suitable, in keeping with their doctrine of transmigration. The ebb and flow of the tide, which others believed to be simply the work of the moon, they considered to be the worship paid to Lord Soma Natha by the sea.

The most precious of all goods they brought there as offerings, and ten thousand villages was endowed to the temple. Between the Ganges, which they hold as sacred, and Soma Natha, the distance separating the two is two hundred parasangs (yojanas?). Every day they would bring water from this river to the temple, and bathe the temple in that water. A thousand pious Brahmins served in worship of Lord Soma Natha, while five hundred pretty damsels sang and danced in welcome to the visitors, their expenses paid for from the temple’s endowments.

The temple’s edifice rose on fifty six pillars of the best teak wood, covered with lead. The shrine of Lord Somanatha himself was dark, but lit by the most expensive jeweled chandeliers. A golden chain weighing 200 mans hung nearby.
§        §        §        §        §        §        §        §        §        §
§        §        §        §        §        §        §        §        §        §
“Mother, I’m going to Ghazna only to start some trade, make some friends.”

“Well, if you marry a girl from there, her family and her relatives will be our friends, and also our potential trade partners.”

“You’re absolutely right, Mother. But I can’t promise you that things will turn out exactly the way you’d like them to.”

“Oh, never mind then. Just do your best, all right?”

“All right, Mother.”

§        §        §
“Tuanku seperti begitu membenci musuh-musuh Tuanku di wilayah utara Benua Hindi,” ujar Shakranta.

“Ummm, Beta penganut Islam. Beta sekadar mahu menunaikan kewajipan Beta sebagai seorang raja yang menganuti ajaran Islam … untuk berusaha mengembangkan shiar Islam dengan sebaik-baiknya. Serangan-serangan bala tentera Ghazna terhadap wilayah mereka bukan terpacu oleh sebarang dendam ataupun kebencian, tetapi oleh tuntutan dan tanggungjawab.”

“Tetapi naluri Kita seperti terasa bahawa ada sesuatu yang lebih daripada itu.”

“Tuan seorang yang bijaksana, Putera Shakranta. Baiklah. Memang ada perkara lain yang sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan Beta.”

“Pertempuran di antara Sudakhshina dan Arjuna, bukan?”

“Tepat sekali. Sudakshina yang telah menumpaskan Arjuna dengan begitu handalnya semasa bertempur mendada, bertentang muka, satu lawan satu, menentang Arjuna. Namun, dia dibunuh dengan cara yang begitu dayus oleh Arjuna, dipanah dari belakang, demi menghalang pihak Kambhoja dan Kaurava daripada beroleh kemenangan.”

Shakranta terdiam sejenak. Ada benarnya juga kata-kata Sultan Mahmud itu, fikirnya.

“Maka … barang siapa pahlawan yang mengalir darah Kambhoja di dalam tubuhnya … semua zuriat Raja Kambujiya … semua cucu cicit Panglima Sudakhshina … harus ingat itu hingga ke akhir zaman!”

§        §        §
 “Seorang kesatria sejati sentiasa berusaha supaya mahir dalam segala jenis ilmu. Dia cermat dan nekad dalam setiap tugas. Juga jujur dan murah hati. Serta mudah berbuat kawan, tidak gemar mencari musuh dan sukar berdengki atau iri hati.”

§        §        §
Shakranta bertemu saudagar-saudagar Parsi dan juga Turki Seljuk di Patani. Mereka bercerita tentang Sultan Mahmud raja Ghazna dan kemaraan Islam di wilayah-wilayah utara Benua Hindi. Shakranta amat tertarik dengan cerita-cerita mereka, terutamanya berhubung kejayaan hebat Mahmud menundukkan raja-raja Hindu di timur laut dan utara Benua Hindi.

Kebangkitan Mahmud bermula selepas dia menewaskan abangnya dalam perang saudara.

Shakranta membawa kayu gaharu, keris Langkasuka, gading gajah, rempah ratus, sutera Cina dan lain-lain lagi ke Ghazna sebagai hadiah kepada Mahmud.
Shakranta berada di Ghazna hampir dua tahun. Dia belajar bahasa Hindi, Greek, Turki dan Parsi serta mempertingkatkan kemahirannya menonggang dan menjaga kuda. Tentera Ghazna penunggang kuda yang hebat.

Suatu hari …
“Shakranta,” Mahmud menyapa Shakranta selepas sarapan pagi. “Beta bercadang ingin berkunjung ke Konstantinople. Sudah lama beta tidak ke sana. Sudikah kamu ikut ke sana bersamaku?”

“Konstantinople?” Balas Shakranta terperanjat. “Patik dengar ia kota yang hebat, Tuanku. Ajakan Tuanku ini ialah sesuatu yang paling menguja. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.”
“Ya. Konstantinople. Dulu dipanggil orang Byzantium. Ibu kota kerajaan Rom Timur. Aku ingin melihat-lihat barang-barang dagangan yang ada di sana. Senjata-senjata baru yang diperdagangkan. Kuda-kuda perang baka baru dari seluruh Rantau Barat, Rantau Tengah serta Benua Putih. Ku dengar kuda orang Norman amat besar, bengis dan berani lagi gagah perkasa. Amat sesuai digunakan sebagai kuda penggempur.”
“Norman?” Balas Shakranta lagi. “Bangsa apakah itu?”
“Norman adalah suatu bangsa baru yang muncul hasil pertembungan dan percampuran di antara kaum-kaum Skandi da Varangi dari kawasan pesisir barat laut Benua Putih dengan kaum-kaum Frankis dan Gaul di wilayah tengah dan barat benua itu. Mereka kini sedang bangkit sebagai kuasa baru di Benua Putih. Kekuatan mereka dikatakan bersandar pada kuda perang mereka yang amat hebat.”
Shakranta terdiam sejenak. Mungkinkah kuda Norman itu berupaya menjadi suatu senjata yang ampuh untuk sebuah bala tentera seluruh Langkasuka yang bersatu satu hari nanti? Dia terfikir. “Kalau begitu, patik mesti ikut bersama Tuanku.”


Serangan-serangan Sultan Mahmud al-Ghazni serta cucu-cicitnya para pewaris takhta kerajaan Ghazna, menyampaikan pengaruh ajaran Islam bawaan Muhammad yang terpancar ketika itu melalui kerajaan Abbasiyah, rupanya semakin lama semakin melemahkan pengaruh kerajaan-kerajaan Hindu di utara Benua Hindi. Hanya Cholamandalam di bahagian selatan satu-satunya yang masih bertahan gah di kalangan kerajaan Hindu di benua itu. Maka mungkin itulah antaranya kerajaan Cholamandalam tetap berdegil mahu menguasai laluan dagangan di Rantau Tenggara, baik laluan darat mahupun laluan laut. Mungkin sebagai salah satu usaha untuk mempertahankan pengaruh ajaran Hindu yang semakin pudar tetapi masih dianggap harus dijuarainya. Disamping juga tentunya untuk mengekalkan penguasaannya ke atas perdagangan timur barat yang melalui kawasan Rantau Tenggara. Maka Cholamandalam masih menempatkan dua gerombolan besar askar-askarnya di Rantau Tenggara, segerombolan di Kedah Langkasuka dan yang satu lagi di Angkor Khmer ibu kota Kambuja Nagara.

§        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §
Tahun itu, baginda Mahmud telah menyerang Somnath kubu Hindu di barat laut Benua Hindi dengan amat hebatnya, menghancurkan ribuan berhala di dalam kuil utama di kotanya, dan merampas segala emas dan permata yang ada di situ. Maka dalam perjalanan pulang dari Somnath ke Ghazna tentera orang Jat daripada Banjaran Garam telah membuat serangan hendap ke atas bala tentera Mahmud yang menyebabkan kehilangan jiwa yang besar ke atas mereka.

Kebetulan ketika itu Shakranta dan ramai lagi pahlawan Langkasuka dari segenap pelosok Semenanjung Melayu, dari Kedah, Bruas, Patani, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Gelanggi berada dalam pelarian selepas terpaksa berundur daripada menentang serangan Geroda Vishnu dari Cholamandalam. Serangan hebat pimpinan Rajendra Chola yang telah menewaskan tentera gabungan Langkasuka-Srivijaya, menawan baginda Sang Rama Vijaya Tungga Varman maharaja Srivijaya berserta seluruh istana baginda dan menghancurkan kota Kedah Langkasuka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk merantau ke Ghazna dan menyertai bala tentera Mahmud sebagai pahlawan upahan. Sebahagian daripada sebabnya ialah kerana ingin melepaskan geram mereka kepada pada mana-mana negeri Hindu di Benua Hindi yang diserang oleh Mahmud. Di samping menuntut ilmu dan kepandaian baru dalam seni dan kaedah perang guna menentang sebarang serangan Cholamandalam di waktu mendatang.

Maka sebagai menuntut bela dan menghukum perbuatan orang-orang Jat itu, Mahmud memimpin bala tentera Ghazna yang agak besar menuju ke Multan. Sesampainya baginda di sana, baginda memerintahkan supaya dibina seribu empat ratus buah kapal perang dengan seberapa segera. Setiap satunya dilengkapi dengan tiga batang tombak besi yang teguh, satu daripadanya mengunjur lurus ke depan dari bahagian halu, manakala yang dua lagi mengunjur secara menyilang dari bahagian sisi. Maka barang apa saja yang berlanggar dengan kapal itu pasti akan binasa.

Maka setiap buah kapal itu membawa dua puluh lima orang pemanah, setiap seorang daripadanya cukup lengkap dengan busar dan anak panahnya, lembing dan tombak, perisai, gumpalan bahan peletup dan minyak pembakar. Maka gerombolan pahlawan Langkasuka seramai lima ribu orang, dipimpin oleh Shakranta, dibahagi-bahagikan hampir sama rata kepada sebahagian daripada seribu empat ratus kapal yang siap terbina. Lalu bala tentera Mahmud yang berbilang kaum dan bangsa itupun maralah ke arah tentera orang Jat itu dan terus menyerang mereka.

Maka musuh yang berlanggar dengan kapal-kapal tentera Ghazna semuanya dipanah, dilembing, ditombak, dirembat dengan perisai ataupun jatuh ke laut lalu mati lemas. Musuh yang mengelak daripada perlanggaran pula kapal mereka di panah dengan panah api yang meletup dan membakar kapal mereka berserta tubuh badan mereka sekali. Maka terdengarlah tanpa hentinya suara mereka yang meraung dan mengerang kesakitan kerana tubuh mereka yang sedang menyala dan hangus dijilat api sehinggalah melayang nyawa mereka. Manakala musuh yang terselamat daripada serangan ditawan dan dihukum pancung dengan pedang hingga mati.

§        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §
Walaupun baginda seorang raja hebat yang segani lagi digeruni di Benua Hindi, Sultan Mahmud sentiasa bersikap rendah diri dan tidak pernah terlalu megah dengan kedudukannya.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun,” Shakranta berlutut merafak sembah kepada Sultan Mahmud raja Ghazna.

“Tuan hamba Shakranta,” balas Sultan Mahmud. “Janganlah tuan hamba terlalu memuja hamba. Kerana hamba bukannya seorang dewa. Tetapi seorang insan biasa, hanya sekadar anak seorang abdi yang hina.”

“Ampun Tuanku,” sambung Shakranta. “Janganlah Tuanku bertutur begitu. Tuanku kini seorang raja besar. Tersohor lagi disegani di seluruh Rantau Barat serta Benua Hindi. Ayahanda tuanku seorang panglima agung. Manakala bonda tuanku pula seorang puteri Parsi.”

“Shakranta sahabatku,” Sultan Mahmud bertanya selepas perbualan mereka terhenti sejenak. “Bolehkah kiranya hamba bertanya sesuatu yang mungkin bersifat peribadi?”

“Ampun Tuanku,” jawab Shakranta. “Silakanlah. Akan patik jawab sekadar yang termampu.”

“Iras wajahmu … hamba lihat … seperti membayangkan … mungkin ada berketurunan daripada rantau ini. Apakah telahan hamba ini benar?”

“Ampun Tuanku,” jawab Shakranta. “Memang benar telahan Tuanku itu. Datuk hamba seorang pahlawan Parsi Kambhoja yang merantau ke Langkasuka. Menurut cerita orang tua-tua di Langkasuka, orang-orang Parsi Kambhoja sudah lama merantau ke Rantau Tenggara. Sejak zaman berzaman. Maka datuk hamba itu, dia berhamba diri dengan raja Ligor. Lalu akhirnya dia berkahwin dengan nenek patik.”

“Ohhh,” sampuk Sultan Mahmud. “Jadi datukmu orang Kambhoja.”

“Begitulah kira-kira”, jawab Shakranta.

“Bonda hamba juga berketurunan Kambhoja.”

“Maksud Tuanku?’

“Bondaku daripada wangsa Sassaniah. Maka pengasasnya adalah Sassan. Sassan itu turunan daripada zuriat wangsa Hakhamanish. Dan Hakhamanish itu adalah daripada zuriat Kambujiya, pahlawan dan raja teragung orang Kambhoja di zaman silam.”

“Ampun Tuanku. Bererti kita berdua bersaudara,” ujar Shakranta separuh berseloroh.

“Ha ha ha ha ha,” Sultan Mahmud ketawa terbahak-bahak.  “Ada benarnya katamu itu. Kita memang bersaudara. Bersaudara dalam kelompok yang besar. Kelompok zuriat Parsi Kambhoja yang kini jumlahnya berjuta. Ha ha ha ha ha”

“Ampun Tuanku. Bolehkah patik bertanya sesuatu?”

“Silakan, sahabatku,” jawab Sultan Mahmud.

“Percayakah Tuanku kepada kisah Pedang Kambujiya?”

“Ha ha ha. Maksudmu Daivi Khadga? Pedang Dewata. Sekarang kamu membuat hamba serba salah. Hamba tidak pasti sama ada mahu mempercayai atau tidak mempercayainya. Sudah berabad-abad tidak didengari berita tentangnya. Yang tinggal hanyalah dongeng tinggalan orang tua-tua di kalangan kaum Parsi Kambhoja. Kamu ingin mencarinya?”

“Tuanku. Tanah air patik sudah begitu lama berada dalam belenggu penjajah. Patik dengar Pedang Kambujiya itu ampuh benar sebagai perangsang kepada perjuangan menentang penjajahan.”

“Hamba juga ada mendengar begitu. Ia memang ampuh. Ditempa oleh pandai besi daripada kaum Hattusa, kaum yang terulung dalam ilmu besi di zaman silam. Buatannya daripada besi kawi, raja segala besi. Dipacak di puncak gunung dengan matanya menghala ke langit setiap tujuh tahun sekali untuk menyegarkan kembali kesaktiannya.”



Izinkan patik bertanyaberibu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun,” Shakranta berlutut merafak sembah kepada Sultan Mahmud raja Ghazna.

§        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §        §
“Sebagai penghargaan hamba ke atas susah payah tuan hamba belayar begitu jauh merentas samudera luas penuh pancaroba untuk bertemu hamba, terimalah pemberian hamba yang tak seberapa ini. Anak kuda Turkestan daripada baka terpilih daripada kalangan kuda perang milik hamba. Jagalah ia dengan sebaiknya.”

“Ampun Tuanku,” balas Shakranta. “Elok sekali rupa parasnya. Bagaikan seorang panglima muda gayanya. Pucuk dicita ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru patik tadahkan. Anugerah Tuanku tidak mungkin terbalas oleh patik. Akan patik jaga ia dengan nyawa patik hingga ke akhir hayat.”

Arakian anak kuda Turkestan itu diberi nama Kshatriya (Prakasha). Lalu dibawa pulang ke Langkasuka oleh Panglima Shakranta. Maka dibelai dan dijagai dengan sepenuh kasih sayang umpama seorang anak sendiri.

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun,” Shakranta berlutut merafak sembah kepada Sultan Mahmud raja Ghazna.

No comments:

Post a Comment