Wednesday, March 23, 2011

Attention, dear followers.

Tis a tale of a brave people
From a time far past
In a long gone world

I'm not yet such a whizz with IT and stuff. So I'm using this particular blogsite as a means of organising & rearranging chapters under draft. So please bear with the inconvenience, disorder, confusion etc.

For a more current and better-organised version (still also a draft) of the Dharmakusuma story, please visit  the blogsite named http://puterapertiwipurba.blogspot.com/

I hope you will all buy the novel (yes, it is a novel) when it's ready and published (maybe this year, or 2012?). Please recommend it to your friends too. The overall Dharmakusuma story will be in the form of a 3-part series, i.e. a trilogy (or a thulathiyah, in Arabic-derived Malay). So you're going to get Dharmakusuma 2 & Dharmakusuma 3 as well in the future (I already have some draft chapters written - the final part of Dharmakusuma 3 will comprise an epic grand battle (yay!) which will result in the liberation of the entire lands forming the Langkasukan federation from foreign conqueror-occupiers).

I'll be writing in both Malay & English versions (I hope to get both versions published, eventually). That's why you're seeing the story in both languages at this moment of time. I'll be rearranging & separating them completely into 2 different blogsites in the future.

The main protagonists (heroes & heroines, their immediate family, friends etc.) in the story, e.g. Adhi Vira, Prakasha, Prabhava, Kembang Seri Wangi, Shakranta, Shankara, Isabelle, Shamira, Ozalan, Chinta Kirana etc. are my own creations. But the background in which they lived, the times (years) are/were all real. I have done several years of research on this.

So also are/were the big historical figures e.g. (1) Sultan Mahmud al-Ghaznavi of Ghazna; (2) Emperor Basileios of Byzantium; (3) Maharajas Chulamani, Mara Vijaya & Sang Rama Vijaya of Palembang Srivijaya; (4) Rajendra Chola of Chola Mandalam (Coromandel); (5) Sujita Raja (Raja Sujita) of Negara Seri Dharmaraja (Tambra Lingga), who wrested the throne of Kemboja Negara and held on to it for several years; (6) Maharaja Jayavarman V & Maharaja Suryavarman I of Kemboja Negara (he fought against Sujita Raja); (7) Raja Dharmawangsa of Mataram; (8) Raja Air Langga of Kahuripan (East Java); etc.

They were all real people who really lived and ruled as kings during the times (mostly 11th century AD)mentioned in my draft novel. You can research them in books, the Internet etc.

By coincidence, though, there were also real ancient rulers of Kelantan, if you'd like to do some research, named Raja Sakranta & Cik Siti Wan Kembang (she also kept kijang as pets - hence the kijang in the Kelantan official state logo) in olden times, although their times were much later (300 years +) than the time period that I used in my story. You could say that their names might also have partly inspired my choice of some names in my story.

According to one version (by scholars), Amdan Negara was (maybe briefly) the new name for the Langkasukan empire (or federation?) just after it was conquered by Palembang Srivijaya around 775 - 800 AD, before it was (perhaps) changed again later to Seri Wijaya Mala.

If anyone's read about a legendary king named Raja Suran (a corruption of 'Rajendra Chola', perhaps?), purportedly (kononnya) a descendant of Iskandar Agung, it's mentioned that he married a princess named Puteri Mahtab-ul-Bahari, daughter of Raja Aftab-ul-Ardh of Amdan Negara.

Their union was said to have eventually given rise to the ancient (legendary) princes of Palembang, i.e. Sang Sapurba, Sang Nila Utama, Sang Krishna Pendita, Sang Nila Pahlawan etc., from whose line Parameswara was said to have descended.

But I'm using the name Amdan Negara for a fictitious (although perhaps it could also have been a real one, nothing is impossible) ancient kingdom in Kelantan, Malaysia, centred around the Bukit Panau area.

I welcome any constructive comments or suggestions from readers which I can use to improve my story. Please feel free to communicate with me by e-mail at: AmdanNegara@gmail.com

Pendulu: Dharmakusuma, Pembela Langkasuka



Dharmakusuma: Pembela Langkasuka
GELORA DI RANTAU TENGGARA
Pendulu

Sebelum kalam dipertajam;
Sebelum dakwat diperbuat;
Sebelum batu bersurat dipersurat;
Sebelum yang pertama bermula; dan yang terakhir tercipta;
Sebelum bumi terhampar; dan langit terlengkung;
Dalam gelap gelita; di tengah-tengah huru-hara;
Itulah dahulu kala kepada dahulu kala.

§
BAHAGIA DAN DERITA
960 Masihi, Gunung Sembatu, kawasan hulu Lembah Sungai Galas, di bumi bernama Amdan Negara.
Sang surya mula mengintai dari atas tabir puncak dirian pepohon rimba di arah timur, memancar sinar jingga keemasan yang kian menerangi alam awal pagi. Alun gunung-ganang yang berlekuk-lekuk di hala barat, berselang-seli menjulang tinggi dan mencerun rendah, melepasi lautan awan gemawan, kelihatan seakan liuk lentuk tubuh seekor naga raksaksa yang sedang damai bersemadi di dada bumi.

Putera Adhi Vira merenung jauh ke ufuk. Wajahnya kelihatan suram. Sudah tiga malam berturut-turut dia tidak dapat tidur. Berperang dan bertempur tidak sedikitpun membuat pahlawan bertubuh besar sasa itu merasa cuak, namun perjuangan yang mencabar dirinya kini terasa sungguh memeritkan. Melihat orang yang tercinta detik demi detik semakin layu tidak bermaya, tersiksa oleh dewa peragut nyawa. Manakala dirinya sendiri tidak berdaya berbuat apa-apa.

“Bagaimanakah harapannya bagi isteri hamba, Kejora?” Adhi Vira memerhati isterinya yang terbaring di tilam, tidurnya seperti tidak begitu nyenyak. Di wajah Adhi Vira jelas kelihatan kedut-kedut keresahan yang dalam lekuknya, tidak tersembunyikan lagi. “Hamba lihat, daripada air mukanya, dia begitu uzur.”

“Maafkan hamba, Tuan Putera,” bidan separuh usia itu mengunjukkannya secetong air sejuk. “Puan Permata Sukma tumpah darah terlalu banyak ketika melahirkan. Tubuhnya begitu lemah. Hamba sudah berusaha sedaya upaya hamba untuk menghentikan pendarahannya. Namun demamnya masih tidak berkurangan.”

“Bagaimana pula dengan puteri hamba?”

“Puteri muda kita tidak akan apa-apa,” kedengaran suara seorang wanita lain, membuat Adhi Vira menoleh.
"Teratai Putih!" Adhi Vira kelihatan terperanjat sedikit. "Begitu lama tidak kelihatan kelibat dema."

"Sejahtera, Tuan."

"Sejahtera juga buat dema, Teratai. Baru saja sebentar tadi kami bercakap tentang dema. Ketiadaan dema sungguh terasa."

"Hamba tergendala di pertengahan jalan, Tuan," sambung nujum yang sudah lanjut usia itu. "Dah lah tu ... lutut dan pergelangan kaki yang dah tua ini pula tambah memperlahankan lagi perjalanan hamba."

"Aduhai, kesiannya. Sepatutnya dema beritahu Kita lebih awal lagi. Boleh Kita hantarkan sebuah pedati untuk membawa dema ke sini."

"Tak mengapalah, Tuan. Betis dan kaki hamba memerlukan pergerakan. Kalau terlalu dimanjakan ... lebih cepat lagilah ia berkarat dan reput nanti. Apapun ... hamba datang sebagai berkunjung hormat ... serta untuk menziarah si kecil."

"Terima kasih, Teratai. Kita amat menghargai ingatan dema. Kita bahagia dapat bertemu lagi dengan dema."

"Begitu juga di pihak hamba, Tuan. Bayi Tuan itu ... suara tangisannya nyaring benar. Dia seperti begitu segar bugar. Firasat hamba ... dia akan sihat sejahtera sepanjang hayatnya. Hamba seperti dapat merasakan bahawa ... dia membawa ... tuah Wangsa Dharmakusuma pada dirinya."

"Dan apakah lagi yang dapat dema rasakan, Teratai?"

"Suatu hari nanti … dia akan menjadi ratu negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga.”

"Maksud dema ... Kelantan Amdan Negara?" 

“Sama ada Kelantan Amdan Negara … atau Tanah Serendah Sekebun Bunga … mahupun Sambhu Gita ... atau Imbang Jaya … ataupun Seri Saujana Wijaya Mala … bagi hamba … semuanya adalah sama sahaja ertinya. Kesemuanya itu … adalah negeri yang satu … pewaris negeri Raktam Rttika atau Chi Tu … negeri Bumi Merah … iaitu … negeri kita dan nenek moyang kita semua … sejak zaman berzaman. Maka puteri Tuan ini … hamba percaya … akan menjadi raja berdaulat yang pertama setelah sekian lama di bumi ini … daripada Wangsa Dharmakusuma.”

“Hanya dema kedengaran seperti terlalu pasti tentang itu, Teratai,” Adhi Vira menggulung rokok daun nipah dengan tembakau, lalu mencucuhnya. “Membuat hamba terasa sedikit bimbang.”

“Hamba sekadar boleh menilik mengikut cara yang telah diperturun kepada hamba, Tuan,” Nujum Teratai memperjelas. “Setakat kemampuan yang ada pada diri hamba. Begitupun, hamba telah membuat tidak sedikit tilikan … dan daripada kesemuanya … lebih separuh yang menjadi. Takhta Amdan Negara akan pulang kembali kepada pewaris asal yang berhak kepadanya ... titisan zuriat yang turun daripada Naranjaya, Bhagadatta, Buddhagupta, Ramaunibha dan Wan Sri Mara.”

Adhi Vira tambah ceria sedikit seri durjanya dengan pengakuan jujur Nujum Teratai yang meredakan hati, sebutan nama-nama leluhur keluarganya di zaman silam dengan nada kagum hormat oleh wanita itu menghangatkan jiwanya.

“Tubuhnya berbau harum semerbak,” Adhi Vira membongkokkan badannya untuk mengamati puterinya yang baru berusia tiga hari dengan lebih dekat lagi. Mata bayi itu masih bertutup rapat, kedua tangannya tergenggam rapat apabila Adhi Vira membelai salah satu daripadanya dengan tangannya sendiri.

“Benar, Kanda,” Permata Sukma berjuang menggagahkan badannya yang terasa begitu lemah untuk bersandar di dinding kamar, setelah merasa lenguh kerana terlalu lama berbaring. “Memang dia begitu harum, kan? Bagaikan kasturi indah mewangi. Dengan itu ... berikanlah Dinda kenikmatan indah yang terakhir … iaitu … kegembiraan daripada memberi nama buat puteri kita berdua.”

“Sudah tentu, Dinda. Apa saja yang Dinda idamkan … adalah milik Dinda.”

“Dinda namakan dia ... Kembang Seri Wangi.”

“Nama yang cukup anggun bagi seorang puteri,” Adhi Vira mengulas, penuh persetujuan, membelai pipi isterinya dengan sepenuh kasih sayang, ia terasa semakin dingin.

“Kanda,” Permata Sukma terpaksa bergelut hebat untuk bertutur sepatah dua sedikit lagi.

“Dinda, Sayangku. Bawalah bertenang, Janganlah terlalu dipaksa diri Dinda. Jimatkan tenaga Dinda supaya lebih cepat pulih. Kerana Dinda teramat uzur.”

“Jagailah anak kita … dengan sebaiknya. Dinda percaya … dia akan … membawa kebahagiaan dan kebanggaan … kepada Kanda. Dan suatu hari nanti … akan menjadi … penyambung zuriat … yang sesuai … bagi … Wangsa Dharmakusuma. Selamat … ting … gal … Kanda …”

Adhi Vira terpaku di situ, terpegun, kelu lidahnya, kaku tubuhnya. Akhirnya air mata mengalir, mulanya perlahan, kemudian kencang, meniti pipinya yang panas membahang. Air mata kasih seorang pahlawan yang tidak kenal takut dan gentar. Air mata yang tidak pernah lagi mengalir sejak dia seorang anak kecil berusia lima tahun yang menuntut perhatian ibunya. Cuaca di luar sana kini terang benderang. Namun dalam hati Adhi Vira terasa gelap gelita.

"Dewata Agung," dia kini teresak-esak tanpa segan silu lagi. "Mengapakah kau berbuat begini kepadaku? Mengapa? Mengapa? Mengapa?"

Beberapa detik berlalu, rasanya seperti begitu lama bagi Adhi Vira, manakala kesunyian terus menyelubungi suasana dalam bilik itu. Kemudian dia terasa tangan yang lembut di bahunya.

"Hamba akan datang setiap hari untuk menziarahi anak ini, Tuan, kiranya khidmat hamba diperlukan," Kejora menawarkan bantuannya. "Rumah hamba tidak jauh dari sini. Anak-anak perempuan hamba akan membantu hamba jika perlu."

"Hamba juga begitu, Tuan," tambah Teratai. "Puteri tuan akan menjadi anak angkat hamba."

"Tapi ... apakah yang dapatku buat ... bila anakku menangis minta disusui sekali lagi?" Adhi Vira bertanya, suaranya kini berbunyi serak.

"Usah dirisaukan itu, Tuan," Kejora mententeramkannya. "Anak perempuan hamba yang ketiga kini menyusui bayinya bermur dua bulan. Dia sihat dan segar bugar. Dia tiada masalah untuk menyusukan dua orang bayi. Puteri Kembang Seri Wangi tidak akan sekali-kali kelaparan. Hamba sendiri yang akan memastikannya."

"Terima kasih, Kejora. Entah apalah yang dapatku buat jika dema tiada."

Adhi Vira bangkit perlahan-lahan, tubuhnya terasa berat seperti batu, otot-ototnya sengal, tulang-tulangnya lesu. Sakit yang sudah biasa terasa bergerak sepanjang paha kirinya, tanda-tanda cedera beberapa bulan akibat tusukan lembing. Dialaminya ketika bertempur dengan segerombolan penyangak Palembang yang datang menyerang dan mengganas, dihantar oleh Biduk Bota.

Para pejuang Adhi Vira telah selalu membantai penyerang-penyerang Sumatra itu setiap kali mereka muncul menceroboh ke dalam kawasan pedalaman yang bergunung-ganang di wilayah bersekitar. Menyerang hendap mereka, merembat mereka di tempat dan pada waktu yang paling tidak mereka duga, memusnahkan mereka dengan segala macam jerangkap samar. Orang-orang Pangan pun sesekali turut serta menyumbang bakti dengan sumpit berbisa mereka. Begitupun, orang-orang serta senjata Biduk Bota seperti tidak luak, dan dia tetap mengendalikan serangan-serangannya.

"Hamba akan memaklumkan kepada jiran-jiran, Tuan," Kejora mengenakan kelubungnya, bersiap sedia untuk beredar.

"Hamba ikut pergi bersamamu, Kejora," Teratai menyusul. "Kita perlukan sebanyak tangan yang mungkin untuk membantu mengendalikan pengebumian yang sewajarnya bagi Puan Permata Sukma, Tuan. Tuan sendiri pula usahlah tergesa-gesa. Temankan puteri Tuan. Tenteramkan diri Tuan. Penduduk wilayah ini janganlah dibiarkan melihat Tuan dalam keadaan sebegini."

Teratai memang betul, renung Adhi Vira. Dirinya kini terasa seperti hancur berkecai. Namun dia tidak boleh mengecewakan masyarakat Gunung Sembatu. Bagi mereka, walau apapun yang terjadi, dia mesti tetap kekal sebagai Dewa Gunung yang kebal, sukar tunduk dan mustahil musnah. Seorang zuriat Wangsa Dharmakusuma tidak boleh kurang daripada itu, meskipun ia hanya tinggal sebuah wangsa dalam buangan selama sudah dua abad.

"Terima kasih, Teratai," tingkah Adhi Vira. "Kebijaksanaanmu tidak ternilai harganya bagiku."

"Dan ... Tuan Putera," Teratai meneruskan. "Relakanlah kepergian Puan Permata Sukma. Anggaplah ia sebagai suatu pengorbanan ...  suatu pengorbanan begitu agung ... demi membawa Puteri Kembang Seri Wangi dengan sepenuh sejahteranya ke dalam dunia ini."
Adhi Vira memperbetul tubuh Permata Sukma yang kini dingin pada tilamnya. Kenangan-kenangan waktu mereka bersama datang kembali melanda. Isterinya kelihatan tenteram dan cantik. Barangkali kerana kini dia bebas daripada sakit yang begitu menyiksanya. Adhi Vira menatap wajahnya, memegang pipinya, lalu mengucupnya begitu lama. Kemudian dia menebar sehelai kain kapas putih bersih melitupi seluruh tubuh isterinya.

Cinta hidup Adhi Vira kini sudah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Namun dia mesti terus berjuang. Usaha memenangi semula warisan keluarga tetap berjalan.

§
Demikianlah, kelahiran puterinya, Kembang Seri Wangi, membawa suatu sinar kebahagiaan gemilang ke dalam kehidupannya. Namun kini, rasa gembira bercampur baur dengan kepiluan meruntun jiwa kerana kepergian isteri tercinta.

Kelahiran Kembang Seri Wangi dikongsi bersama keceriaannya oleh jiran sekampung, saudara mara, sahabat handai dan para pengikut setia Adhi Vira. Begitu juga, kini, kepergian Permata Sukma, yang selama ini mereka anggap sebagai penyeri wilayah pergunungan yang mereka diami, turut diratapi bersama oleh mereka.

Ramai juga di antara mereka terdiri daripada orang-orang yang berhijrah dari daerah sekitar Bukit Panau, setelah sawah ladang dan harta benda mereka dirampas oleh Biduk Bota, pembesar lantik sendiri di Bukit Panau serta konco-konconya. Ia kononnya hukuman yang dikenakan selepas berlaku suatu pemberontakan besar-besaran di kalangan penduduk yang menentang kenaikan mendadak cukai hasil tani serta cukai laluan orang dan barang bagi laluan darat serta sungai.

§        §        §
PEDANG KAMBHUJIYA
960 Masihi, kota Rajbadi Danga, wilayah Karna Suvarna, di bumi Bhangala.
Prakasha mengambil pelbagai sisa makanan yang dibawa turun oleh tukang masaknya daripada ruang dapur. Anak bongsunya berlari-lari teruja mengejar anak-anak itik yang mengikuti seekor ibu itik serati, cuba sedaya upayanya untuk menangkap seekor daripadanya. Anak-anak itik itu lari bertempiaran daripada budak itu kerana takut. Ibu itik serati itu meremang bulunya kerana marah.

“Wawa, mengapa kau mengganggu anak-anak itik itu? Kesian mereka," Prakasha meramas-ramas dan menggaul-gaul lebihan nasi, sayur-sayuran, dedaging dan kuah dengan hampas kelapa dan sagu parut untuk diberi makan kepada ayam, itik, itik serati dan angsanya. "Kalau ibunya tiba-tiba menyerang kau nanti, baru kau tau."

“Wawa nak pegang mereka aja, Ayah. Wawa nak main-main dengan mereka.”

“Kalau kau nak pegang mereka, kau kenalah dekati mereka dengan perlahan-lahan. Beri mereka makan, ajum mereka, pujuk mereka, seperti Ayah. Kalau kau asyik menyerbu mereka dan membuat mereka takut, mereka tentu akan selalu melarikan diri dari mu. Ni, tengok ni. Bila Ayah yang panggil mereka, cepatnya mereka datang kepada Ayah. Tengok ni, tangan Ayahpun mereka serudu untuk mencari makanan."

“Wei lah! Jinaknya mereka dengan Ayah. Mengapa mereka ikut ibu itik serati, Yah? Mengapa mereka tak ikut ibu mereka sendiri?"

“Kerana mereka menganggap ia ibu mereka. Kerana ia yang mengeram mereka hingga menetas, kemudian menjaga mereka sejak kecil-kecil lagi."

“Mengapa ibu mereka sendiri tidak mengeram mereka, Ayah?"

“Kerana ia mati sebelum mereka menetas. Seekor ular tedung yang lapar cuba mencuri telur yang sedang dieramnya suatu malam. Bila ibu itik itu melawan ular itu, ia disembur dengan racun bisa sebelum ular itu merayap lari. Lalu Ayah terpaksa terus mengeram telur-telurnya menggunakan ibu itik serati ini."

"Apa? Wei, peliknya!"

"Alahai, kau tau tak, kawan lamaku Sarghuna malah menggunakan seekor ibu ayam untuk sambung mengeram telur-telur itiknya, selepas ibu itik itu mati akibat jangkitan penyakit. Lalu anak-anak itik yang menetas kemudiannya kini mengikuti ibu ayam itu ke sana sini seperti ibu mereka."

“Wei! Ibu ayam menbawa anak itik ... tu lebih pelik lagi!" Prakasha mulanya bertempik hairan bercampur sangsi. "Habis tu dia pun ikut berenang bersama anak-anaknya?" Kemudian dia ketawa berderai-derai kerana geli hati. "Wawa nak tengok! Kena tengok! Mesti tengok!" Bagi jiwa kecilnya, dunia ini sering kali penuh keanehan dan keajaiban, membuat hidupnya sentiasa riang gembira dan mengagum mempesona.

"Baiklah. Kebetulan Ayah bercadang nak menziarahinya besok. Dah agak lama Ayah tidak bertemu dengannya. Kau boleh ikut Ayah nanti. Dengan syarat kau berjanji akan berkelakuan baik."

"Wawa berjanji, Ayah. Wawa berjanji."

Baru mencecah tujuh tahun usianya, namun Prabhava begitu bertenaga dan amat suka bertanya dan berbicara. Dia jarang duduk diam untuk masa yang lama, gerak-gerinya hampir tiada henti. Sama ada berlari-lari, bermain atau berceloteh, ataupun mendesak datuknya minta dihiburkan dengan cerita dongeng, dari pagi hingga ke senja.

§
Cuaca hari itu terang bercahaya. Angin sendalu bertiup dari hala dataran pesisir di timur. Sudah beberapa hari hujan tidak turun langsung. Udara terasa kering.

Lelaki tua itu menyirami rong kacang bendi, kacang panjang, tomato, terung dan labu dengan air yang diangkut dari perigi oleh anak-anak lelakinya. Sayur-sayuran baru berbuah itu akan sedia untuk dipetik dalam tempoh sebulan dua lagi.

Kemudian dia menoleh ke arah satu lagi. Barisan tanaman ubi kayu, ubi keledek dan tebu kelihatan subur serta segar bugar dedaunnya. Pohon ubi kayu dan ubi keledek akan memberinya ubi yang gemuk dan lazat. Pohon tebu akan menghasilkan batang tebu yang banyak airnya dan manis rasanya. Sebuah senyuman berkuntum diwajahnya yang berkedut dek usia dan cuaca.

"Pak Cik Sarghuna!" suara teruja seorang budak laki-laki dari arah pintu pagar kawasan ladang Sarghuna membuatnya tersentak daripada lamunannya.

Sarghuna menoleh, kelihatan terperanjat sedikit oleh kedatangan tidak dijangka dua orang pelawat, seorang lelaki tinggi lampai bersama anak laki-lakinya, kedua-duanya berpakaian elok dan kemas.

"Apa khabar, anak muda?" orang tua itu menyapa budak laki-laki itu dengan nada gembira. "Awak masih nampak sihat dan segar, seperti biasa, kan?"

"Khabar baik, Pak Cik," kanak-kanak itu membalas. "Di mana ibu ayam yang membawa anak itik tu, Pak Cik? Saya nak tengok!" Air mukanya membayangkan keghairahan yang tidak terbendungkan lagi.

"Mereka sedang merayau-rayau mencari makan di kawasan belakang rumah, Pak cik rasa. Pergilah tengok di sana, Nak."

Anak itu terus meluru laju mencari perkara yang merangsang ketakjubannya.

"Sayur-sayuranmu kelihatan subur, sahabat," Prakasha meninjau-ninjau kawasan tanaman sambil menghampiri Sarghuna. Dirinya masih berpeluh renyai-renyai selepas perjalanan pagi bersama anak laki-lakinya merentas kawasan kaki bukit. "Tentu tanah di sini yang menjadi sebabnya." 

“Ya, Tuan Panglima," Sarghuna memerhatikan itik, itik serati dan angsanya yang sedang menyerudu sesiput, kekumbang, ulat-ulat dan kekabor yang merayap-rayap pada pokok-pokok tanamannya. "Memang subur, kan? Tuan mungkin betul. Tapi saya tetap menabur sedikit baja pada rong-rong nya."

Sarghuna telah mengenali Prakasha dari zaman muda panglima itu sebagai seorang anggota baru dalam pasukan tentera berkuda Bhangala. Persahabatan mereka berkekalan semenjak waktu itu, dengan Prakasha sering merujuk kepada kenalannya yang lebih tua itu apabila memerlukan sebarang nasihat atau pandangan tentang sesuatu.

"Mari kita ke atas rumahku untuk sedikit teh sambil dapat berbual dengan lebih selesa. Kalau di bawah ni, akan menjadi agak panas bila dah lama," ajak Sarghuna.

"Terima kasih," balas Prakasha. "Memang diriku memerlukan sedikit minuman."

"Amrita!" Sarghuna bersuara nyaring memanggil isterinya. "Jerang secerek air teh yang terbaik daripada teh kita. Ada tetamu istimewa."

Kedua lelaki itu kemudian berceloteh tentang perkembangan terbaru, cuaca, ladang mereka masing-masing, keadaan siasah di wilayah tempatan, serta pelbagai perkara lain lagi.

“Maka apakah gerangannya ketentuan bagi putera bongsu Kita ini, Sarghuna?” Prakasha menghirup air teh wangi yang begitu lazat rasanya, datangnya dari kawasan pergunungan wilayah Assam. "Kiranya dapat Kita memperoleh manfaat daripada kebijaksanaan tuan"

 
“Tuan Panglima,” nujum tua itu mengetuk-ngetuk serpihan kecil buah pinang di dalam gobek usangnya. “Sepadan dengan namanya yang gemilang, Putera Prabhava akan membesar menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Namun, jiwanya jiwa perantau, barangkali mewarisi perwatakan ayahandanya. Maka, hidupnya akan terpacu oleh ghairah kembara. Perjalanannya akan berakhir di sebuah tempat yang amat jauh dari sini.”

“Di manakah itu?”

“Nun di seberang Teluk Benggala, di arah matahari terbit dari Pulau Singhala. Kalau menyusur pantai dari negeri Benggala ini, melewati bumi Arakan, kemudian negeri orang-orang Pyu dan Bhama, seterusnya negeri orang Mon di Sudharmavati. Di sebidang bumi bertuah, di selingkar semenanjung yang menghubungkan di antara Suvarna Bhumi, iaitu Benua Emas, dan Suvarna Dvipa, iaitu Kepulauan Emas. Di sanalah dia akhirnya akan menemui ketenteraman jiwa yang dicari-carinya.”

"Dia juga sentiasa teruja apabila mendengar sebarang cerita tentang Daivi Khadga ... Pedang Dewata yang kononnya turun dari langit. Katanya ... dia ingin pergi mengembara mencari pedang itu ... apabila dia besar nanti," Prakasha meneruskan.

"Oh! Daivi Khadga?" balas Sarghuna. "Pedang Arjuna. Sudah tentu. Ia adalah impian setiap pahlawan muda."

"Maaf, Sarghuna. Tapi bagi orang Kambhoja ... ia tetap dianggap sebagai Pedang Kambhujiya."

"Mengapa pula begitu?"

"Kerana Raja Kambhujiya ... leluhur orang Kambhoja ... serta raja negeri Kambhoja bersatu yang terawal ... memenanginya secara berdepan daripada Raja Kuvalashava, raja negeri Kosala, ketika mereka bertempur di medan perang. Namun Arjuna ... zuriat Kuvalashava ... hanya memperolehnya setelah dia membunuh Putera Sudakh Shina ... zuriat Kambhujiya ... dengan memanahnya secara curi dari belakang. Selepas Sudakh Shina menewaskan Arjuna dengan teruknya dalam pertempuran berdepan satu lawan satu ... dalam Perang Kurukshetra yang tercatat dalam Mahabhrata. Malah ... Sudakh Shina juga telah mencederakan Sri Krishna dengan agak parah dalam perang itu."

"Tuan kedengaran seperti begitu pasti tentang kisah itu."

"Tentu sekali. Kita memang pasti. Kita orang Kambhoja. Darah Raja Kambhujiya mengalir dalam tubuh Kita."

Sebarang perbualan yang menyebut tentang kaum Kambhoja purba tidak pernah gagal merangsang semangat Prakasha hingga bersemarak dengan kebanggaan hebat. Kerana kaum itu memang tersohor zaman berzaman di seluruh Pergunungan Himalaya sebgai kaum pahlawan yang gagah berani.

"Kini kita berdebat tentang sebilah pedang dongeng dari mungkin hampir tiga puluh abad di zaman silam," Sarghuna tersenyum.

"Dan kita tidak tahu sama ada ia memang pernah wujud ... tambah lagi di tempat mana ia kini berada," Prakasha ikut tersenyum. "Ia mungkin semuanya hanya sebuah dongeng purba."


"Tak mengapalah. Begini saja, Tuan. Andainya keghairahan untuk mencari Daivi Khadga membuat Putera Prabhava merantau ke serata pelosok ... membakar cita-cita dan semangatnya ... lalu kesudahannya menjadikan dia seorang lelaki sejati ... itu akan hanya mendatangkan faedah kepadanya. Menjelang waktu itu ... sama ada Daivi Khadga benar-benar wujud ataupun tidak ... tidak lagi begitu penting."

"Kalaulah begitu yang sudah ditentukan … biarlah begitu yang berlaku. Kerana … ketentuan jugalah yang dulu membawa Kita … hingga sampai begitu jauh ke bumi Benggala ini … daripada negeri asal Kita … di Badakshan … di wilayah barat Pergunungan Himalaya. Lalu demikianlah bermulanya kisah hidup Kita sebagai seorang anggota gerombolan berkuda dalam bala tentera negeri Benggala.”

"Tuan masihkah merindui Badakshan?"

"Kita tidak mungkin berhenti merinduinya, Sarghuna. Pemandangannya yang indah ... buminya yang subur ... kudanya yang megah anggun ... kuda padinya yang lasak ... kasturinya yang harum semerbak ... pelbagai bebatu permatanya yang mempesona. Kalaulah Kita dapat mengalami semua itu sekali lagi ... mungkin suatu hari nanti ..."

Kerabat istana Wangsa Pala yang merupakan golongan pemerintah negeri Benggala, serta bala tenteranya, terutamanya pasukan berkudanya, terdiri kebanyakannya daripada orang-orang berketurunan Ashvaka. Kaum Ashvaka, namanya bermaksud penonggang kuda dalam bahasa Sanskrit, adalah segolongan orang Kambhoja  yang merupakan penonggang hebat. Mereka boleh memanah ke sebarang hala dengan tepat sambil menonggang kuda yang sedang merejang kencang seperti ribut, berasal mulanya dari arah barat Pergunungan Himalaya.

Kalau nak diikutkan, Prakasha boleh memperguna salasilah bangsawannya untuk mempercepat kenaikan pangkatnya dalam bala tentera. Namun, seperti seorang pahlawan sejati, dia berusaha gigih seperti mana sebarang pahlawan lain. Akhirnya, dia cukup mengagumkan pegawai atasannya hingga kesudahannya mencapai jawatan Maha Senapati bagi pasukan berkuda. Jawatan itu suatu jawatan yang amat diidami, kerana pasukan berkuda merupakan pasukan terhebat dalam seluruh bala tentera Wangsa Pala.

§        §        §
Lima tahun kemudian ...
"Ayah," Prabhava bersuara. "Ayah berjanji akan bercerita kepada Wawa beberapa kisah tentang orang Kambhoja ... dan pertempuran yang mereka alami di zaman dahulu kala."

"Pergilah kau pungut kayu api buat ibumu dulu, Wawa," bapanya menjawab. "Kau akan dapat mendengar cerita itu petang nanti."

Pagi berlalu. Ia terasa agak lama bagi Prabhava, namun dia tetap bersabar menunggu. Untuk makan tengah hari, ibunya menghidangkan nasi kukus dengan ikan tilapia bakar, keladi rebus sebagai sayur, dan pucuk gajus bercincah pekasam ikan sebagai pelancar selera. Selepas makan, bapa dan anak duduk bersila bersama di bawah sebatang pokok pauh yang hampir masak buahnya.

"Sekali persetua, tersebutlah kisah seorang serikandi Kambhoja zaman purba," Prakasha bermula, "yang telah menentang Raja Eskander dari Makheduniya."

"Dia melawan Eskander? Betul ka?"

"Memang betul. Namanya Krippya (Cleophis), daripada kalangan puak Ashvaka di negeri Massaga. Dia ketika itu Ratu Balu. Negerinya telah diserang oleh Eskander, dan puteranya raja yang baru telah gugur di medan perang. Dia terhempap oleh sebongkah batu besar yang dilontar dari jentera pelontar musuh ketika mengendalikan penentangan oleh para pahlawannya."

"Malangnya orang tu. Lepas tu apa jadi?"

Dengan keberanian yang lazim bagi seorang Kambhoja, tanpa berlengah Ratu Krippya mengambil alih tugas panglima agung. Lalu memerintah para pejuangnya terus menentang laskar-laskar Eskander dengan segala kemampuan, hinggakan menggigit dan mencakar jika perlu.

"Satu-satunya cara bertempur yang harus diamalkan apabila kita terdesak, kan Ayah? Itulah kata Atuk. Habis tu?"

Raja Makheduniya itu malah cedera parah dalam Perang Massaga, dan pada suatu hari nyaris terbunuh. Dia terpaksa melarikan diri dengan kaki yang tempang dari medan perang dengan begitu cemas hari itu.

"Hebat tu. Memang Wawa tau yang Krippya akan memberi tentangan sengit. Kerana dia seorang Ashvaka."

Bala tentera Ratu Kripya, kini termasuk ramai lagi wanita Ashvaka yang telah kehilangan suami atau anak lelaki mereka, akhirnya hanya dapat dikalahkan oleh laskar-laskar Makheduniya bukan dengan pertempuran beradab, tetapi melalui penipuan, kepetualangan dan khianat janji. Suatu rancang cara yang dikecam hebat oleh para sejarawan istana Eskander sendiri, termasuk Kallisthenes dari kota Olynthus.

"Habis apakah alasan lembik yang diberikan oleh Eskander?"

Eskander mendakwa dia tiada pilihan lain, kerana demi memastikan bala tenteranya merampas kemenangan ketika menentang para pahlawan terhebat yang pernah dihadapi oleh pejuang-pejuangnya sendiri, dia terpaksa melanggar setiap adab dalam adat pahlawan sejati.

"Sungguh keji sekali. Lepas tu?"

Dengan pelbagai tipu muslihat yang serupa, Eskander mencatat kemenangan dalam pertempuran-pertempuran seterusnya di kota Ora dan Bazira.  Manakala saki baki pejuang Ashvaka berundur ke sebuah kubu gunung yang tinggi di Una Sar. Kesudahannya, Eskander bertemu buku dengan ruas dalam muslihat dan tipu daya dengan seorang remaja bernama Sashigupta. Pemuda pemberontak itu anak seorang putera daripada kalangan Wangsa Nanda, iaitu golongan raja di sebuah negeri perkasa bernama Magadha, melalui seorang gundiknya berbangsa Kambhoja, bernama Maurya.

Dalam pelarian daripada nendanya, raja negeri Magadha, kerana dituduh menderhaka, Sashigupta diterima dengan tangan terbuka dan diberi perlindungan oleh bala tentera penakluk pimpinan Eskander. Sashigupta berjaya meyakinkan Eskander bahawa dia mampu membantunya menawan kubu Una Sar tanpa kehilangan jiwa yang terlalu banyak. Sekaligus, dia menasihatkan pahlawan sebangsanya bahawa kubu Una Sar tidak mungkin terbela lagi, dengan itu memujuk mereka supaya meninggalkannya, selepas memberi sedikit tentangan sekadar untuk meyakinkan pihak pejuang Greek bahawa ia bukanlah hanya suatu tipu muslihat.

Perdaya Sashigupta berjaya dengan begitu gemilangnya. Ia mengelakkan pertumpahan darah yang terlalu besar, di kalangan pahlawan Greek mahupun pejuang Kambhoja. Eskander seterusnya melantik Sashigupta menjadi pemerintah kota Una Sar yang mentadbirnya bagi pihak Eskander. Tidak lama kemudian, Sashigupta memimpin seangkatan bala tentera penduduk pergunungan, yang terasnya terdiri daripada pahlawan Kambhoja, untuk menyerang dan menumpaskan kerajaan nendanya. Dia lalu menubuhkan sebuah wangsa pemerintah yang baru di negeri Magadha, dinamakannya mengambil sempena nama ibunya, iaitu Wangsa Maurya.

Sashigupta sendiri naik takhta dengan nama Chandragupta Maurya. Beberapa tahun berikutnya, dia berjaya merampas semula wilayah-wilayah orang Kambhoja yang ditakluki oleh Eskander selepas menewaskan Panglima Seleukus, pewaris Eskander di rantau Lembah Indus, lalu menggabungkannya dengan wilayah negeri Magadha.

"Ada lagi seorang serikandi Kambhoja yang tersohor, Wawa rasa," Prabhava cuba menghela bapanya ke sebuah lagi kisah.

"Memang ada. Namanya Timmeya (Tomyris). Juga daripada kalangan puak Ashvaka. Zamannya malah lebih purba ... dua abad lebih awal dari zaman Krippya."

"Dia menentang seorang penakluk gagah perkasa juga ka?" si anak mengusul, lalu mendorong panglima itu untuk bercerita lagi.

"Benar. Memang begitulah. Dan dia menang."

"Hebatnya. Ceritakanlah tentang pertempurannya, Ayah."

Selepas kemangkatan suaminya raja negeri, Timmeya menaiki takhta negeri orang Kambhoja yang bernama Massaga, menjadi ratu memerintah. Kira-kira setahun berikutnya Khouroush-e-Bozorg (Khouroush Agung) raja negeri Parsi menakluki Babilun, kemudian mengalih pandangannya ke hala timur, ke arah negeri-negeri orang Kambhoja. Khouroush meyimpan hasrat untuk menggabungkan negeri-negeri diaman orang Kambhoja di kawasan pergunungan, termasuk Massaga, dengan Parsi. Alasannya mereka bersalasilah daripada leluhur yang sama, suatu muslihat yang sering diperguna oleh golongan raja penakluk.


Menyedari niat dan perancangan Khouroush, Ratu Timmeya mengutuskan seorang utusan menghadap raja Parsi itu, dengan jelas memaklumkan kepada Khouroush bahawa orang Kambhoja lebih suka hidup merdeka dan berdaulat sepenuhnya. Juga menasihatkan Khouroush supaya berpuas hati dengan wilayah negeri Parsi yang sedia ada.

Khouroush mungkin betul tentang dakwaan salasilah yang sama, kerana nama Kambhujiya iaitu leluhur pendiri bangsa Kambhoja acap kali muncul sebagai nama putera-putera kerabat Wangsa Hakhamanesh yang memerintah Parsi ketika itu. Namun, apabila Khouroush cuba mengugut Ratu Timmeya supaya mengahwininya, setelah seorang putera Timmeya ditawan dan dibunuh oleh bala tentera Parsi atas perintah Khouroush, raja Parsi itu jelas bertindak melampau.

Ratu Timmeya bertindak nekad, memimpin bala tentera Kambhoja negeri Massaga dari barisan hadapannya menentang bala tentera Parsi pimpinan Khouroush dalam apa yang bakal menjadi pertempuran raja itu yang terakhir. Selepas bala tentera Kambhojanya, berteraskan pasukan berkuda puak Ashvaka, mengamuk menggila dan akhirnya menghancurleburkan angkatan penceroboh, Timmeya menggeledah seluruh medan perang hingga menemui mayat Khouroush, memenggal kepalanya, memegang rambutnya lantas menterbalikkkan kepala Khouroush lalu bertempik, "Kau selalu dahagakan darah. Kini minumlah seberapa banyak yang kau mahu!"

Timmeya seterusnya menonggang kuda mengelilingi medan perang, memegang habuannya tinggi-tinggi untuk disaksikan oleh semua yang ada, disambut tempik sorak para pahlawannya yang diruntun uja meriah kemenangan, bergema lantang di udara.

"Betapa gagah berani kedua serikandi itu, Ratu Kryppia dan Ratu Timmeya. Mungkinkah kita punya sebarang hubungan dengan salah seorang daripada mereka, Ayah? Manalah tau, kan?"

"Memang ada, Nak. Dengan kedua-duanya sekali. Kau dan aku adalah ... percaya atau tidak ... daripada jurai zuriat Ratu Kryppia ... dan dia pula, seterusnya, adalah berketurunan daripada Ratu Timmeya."

"Hebatnya. Bagaimana dengan Putera Sudakh Shina pula, Yah? Wawa dengar ... dia di antara pahlawan paling terhebat dalam sejarah orang Kambhoja ... hingga pernah menewaskan Arjuna dalam pertempuran satu lawan satu."

"Kisah Putera Sudakhshina akan Ayah ceritakan di hari lain." 

Bagaimana dengan sebelah Emak pula, Mak?" Prabhava kemudian menoleh ke arah ibunya, yang baru saja datang duduk bersama mereka. "Emak dah berjanji, dalam sehari dua ini,  nak bercerita tentang para raja dan putera negeri Karna Suvarna zaman silam."

"Kau kena pergi menonggang bersama ayahmu sekarang, Wawa," Puteri Anjali menjawab. "Lepas tu pula berlatih mukhti yuddha dan lawan pedang. Ingatlah, Nak. Kau mesti besar menjadi seorang pahlawan hebat terlebih dulu ... seperti Putera Sudakh Shina ... jika kau ingin memperoleh sebarang peluang untuk menemui Pedang Kambhujiya ... apatah lagi memenangi dan memilikinya. Emak akan menceritakan kepadamu kisah Buddhagupta Maha Navika besok."

"Dia seorang perantau hebat, kan Mak?

"Ya. Betul tu. Dan seorang pelayar luar biasa. Itulah sebabnya orang menggelarnya Maha Navika. Dia juga seorang saudagar berbakat."

"Ke manakah tempat dia pergi, yang agak menarik? Dan apakah pencapaiannya yang teragung?"

Putera Buddhagupta belayar jauh hingga ke Suvarna Dvipa ... Kepulauan Emas ... akhirnya berlabuh di suatu tempat ... di sebuah semenanjung bernama Semenanjung Emas. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan yang cantik jelita ... yang kebetulannya anak seorang panglima ... lalu mengahwininya dengan restu bapanya. Buddhagupta kesudahannya mendirikan sebuah negeri yang dinamakannya Raktam Rttika ... Bumi Merah ... mengambil sempena nama sebuah biara agung di Rajbadi Dangga. Ia menjadi sebuat pusat dagang serantau yang makmur sejahtera ... dan para pengembara dan perantau Cina yang menyinggahinya lalu memanggilnya Chi Tu.

"Oooh. Wawa tak sabar lagi nak dengar kisah sepenuhnya, Emak."

"Esok, Wawa. Sekarang ... ayuh. Ayahmu menunggu."

§        §        §
BIBIT-BIBIT KEBENCIAN
970 Masihi, Bukit Panau, di bumi bernama Amdan Negara.
Biduk Bota meninjau-ninjau kawasan sekitar Mahligai Gemilang Sakti. Mahligai yang dahulunya bernama Mahligai Dharmakusuma. Selama dua abad ia telah didiami silih berganti oleh pelbagai narapati (pembesar wilayah) lantik sendiri yang mendakwa, sama benar atau tidak, bersaudara dengan kerabat diraja istana Palembang Srivijaya, yang terbaru daripada mereka Biduk Bota sendiri.

Pemberontakan rakyat di sepanjang seluruh Lembah Sungai Kelantan telah dihancurkan, dengan begitu pantas lagi keras. Beberapa orang ketua pemberontak telah ditawan, diberkas dan dihumban ke dalam penjara. Di situ mereka terperap moyot dalam ketakutan, menanti hukuman terakhir mereka. Rumah mereka sudah dibakar hangus menjadi abu, harta benda mereka dirampas. Beberapa orang lagi masih dalam pelarian, kini diburu ganas seperti haiwan liar oleh konco-konco Biduk Bota.

Di sebuah perkampungan terpencil, kira-kira dua persangga dari Mahligai Gemilang Sakti, orang-orang Biduk Bota, lengkap bersenjata, merempuh masuk ke dalam dua buah rumah yang terletak berdekatan. Mereka keluar semula mengheret seorang lelaki dan seorang wanita dari kedua rumah itu.

“Ayah!” seorang budak laki-laki, sekitar lima tahun usia, menangis teresak-esak di serambi rumahnya. "Emak! Tunggu! Jangan tinggalkan kita!"

“Celaka! Bangsat!” seorang lagi kanak-kanak, sebaya dengan budak tadi, dari rumah yang satu lagi, bertempik marah. "Jangan ambil Mak aku! Mak! Ke mana mereka bawa Mak? Ayah!"

Dua orang lelaki tadi bersama isteri masing-masing diberkas dengan tali yang kukuh dan dibawa ke Mahligai Gemilang Sakti untuk menerima hukuman mereka. Dua wanita itu ditampar, ditumbuk dan disiku, kemudian diheret masuk, dalam raung dan lolong kerana sakit serta takut, ke dalam sebuah bilik, seorang demi seorang, kononnya untuk disoal rapi oleh Biduk Bota sendiri.

"Hei, Biduk Bota!" seorang daripada lelaki pemberontak itu bertempik. "Jangan kau apa-apakan isteriku. Aku bunuh kau kalau kau sentuh saja ..." Sebelum habis dia bertutur, Demak Sawo, Ketua Pengawal di Mahligai Gemilang Sakti, merembat kepalanya dengan hulu goloknya, membuat orang itu jatuh terpelanting.

Apabila rakannya yang seorang lagi membuka mulut untuk bersuara, Kebo Laro, timbalan Demak Sawo, melutut perutnya, membuat dia terkial-kial senak perut serta tercungap-cungap sesak nafas.

Kedua lelaki pemberontak itu seterusnya dipukul dan disebat dengan kejamnya sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Mereka kemudian diseret dan di humban ke sebuah kandang buaya, untuk di koyak rabak seterusnya dibaham oleh Jaka Pelara, petanda ganas dan rakus milik Biduk Bota. Raung lolong mereka begitu mengerikan bagi setiap yang ada berhampiran.

Isteri mereka pula segera dihukum bunuh dengan tikaman keris di hadapan khalayak umum. Hukuman yang keras itu, tegas Biduk Bota, terpaksa dikenakan demi menghalang sebarang pemberontakan daripada berulang lagi di hari muka.

Begitupun, seorang daripada lelaki malang itu sempat berbisik lemah kepada dua orang anak muda yang bersaudara dengannya, beberapa detik sebelum diseret dan dihumban ke dalam kandang buaya. "Utih, Uda. Selamatkan anak-anak kami berdua ... Pinang dan Nibung. Bawa mereka lari ... ke Gunung Sembatu. Tinggalkan mereka dengan sahabat baik kita ... Dewa Gunung."

Dua anak muda itu serta merta menyelinap keluar daripada khalayak yang berkerumun. Mereka bergegas pulang ke kampung mereka, mencari dan menemui dua saudara mereka yang kecil itu, lantas segera menyeludup mereka keluar, membawa mereka mengikuti laluan hutan yang jarang dilaui orang, menuju ke kawasan pergunungan di arah hulu. Mereka menjauhi sebarang kawasan berhampiran Sungai Kelantan, kerana bimbang terserempak dengan orang-orang Biduk Bota.

Hanya apabila mereka sampai di Krai, berhampiran tempat Sungai Galas bertemu Sungai Lebir lalu bergabung di antara keduanya menjadi Sungai Kelantan, barulah mereka berani mempertimbangkan seterusnya menerima ajakan seorang penduduk kampung, yang kelihatan baik air mukanya, untuk menumpang perahu panjangnya yang pantas luncurannya menongkah arus mudik ke hulu, ke Jelawang. Begitupun, Utih dan Uda tidah mengalih pandangan mata mereka dari pemilih perahu itu, sentiasa berwaspada kalau-kalau orang itu seorang perisik atau petualang yang mungkin mengkhianati mereka, sambil terus sama-sama berdayung.

Kemudian mereka menyambung semula perjalanan melalui hutan tebal, dari Jelawang ke arah Gunung Sembatu, hingga akhirnya mereka sampai juga ke tempat tujuan, iaitu kediaman Dewa Gunung.

Lalu kedua anak itu, Nibung and Pinang, diambil tinggal bersamanya oleh Dewa Gunung, dipelihara dengan sepenuh kasih sayang seperti anak sendiri, sungguhpun dirinya sendiri telah kehilangan isterinya sepuluh tahun yang lalu.

§
970 Masihi, Gunung Sembatu, kawasan hulu Lembah Sungai Galas, di bumi bernama Amdan Negara.
Bagi Kembang Seri Wangi, kini sepuluh tahun usia, kemunculan Pinang dan Nibung di Gunung Sembatu tanpa dijangka bagaikan suatu rahmat yang amat membahagiakan. Sungguhpun ia berlaku dalam keadaan yang begitu menyayat hati. Dalam sehari dia mendapat dua orang adik lelaki sekaligus, yang membawa meriah serta ceria ke dalam rumahnya. Sementara menunggu bilik mereka sendiri siap dibina, dua kanak-kanak itu tidur bersamanya di dalam biliknya.

Setiap malam dia menemani kedua mereka hingga mereka terlena, barulah dia sendiri bersiap untuk tidur. Manakala bapanya selalunya lebih suka tidur di luar sahaja, di ruang tamu, daripada di biliknya sendiri.

Di siang hari, Nibung dan Pinang akan berlari-lari dan bermain seperti biasa sebagaimana kanak-kanak lain di kejiranan. Mulanya mereka agak malu dan lebih suka menyendiri. Namun, lama kelamaan kawan-kawan baru mereka berjaya membujuk Nibung dan Pinang dengan ramah mesra mereka, membuat dua kanak-kanak itu terlupa buat sementara kisah pedih yang baru mereka alami dalam hidup mereka

Begitupu, di waktu malam, ketika tidur mendatangi mereka, kesemua kenangan pilu dan getir muncul kembali menghantui mereka dalam igauan ngeri.

“Mak! Ayah!” Nibung teresak-esak nyaring dalam mimpinya, membuat Kembang Seri Wangi tersedar daripada tidurnya setelah baru saja terlena. "Jangan tinggalkan Nibung!"

Kembang Seri Wangi mengelap muka Nibung, yang basah kuyup dengan peluh, dengan secebis kain buruk. Anak itu tersedar seketika, beralih kedudukan beberapa kali, dan sejurus kemudian terlena semula.

“Jangan ambil mak aku!" beberapa lama kemudian, Pinang pula bertempik. "Bangsat! Aku bunuh kamu semua suatu hari nanti!"

Kembang Seri Wangi membuat perkara yang sama kepada Pinang seperti yang dilakukannya kepada Nibung.

“Kak Wangi,” sejurus kemudian Nibung tersedar lagi.

“Nibung,” Kembang Seri Wangi menoleh kepada Nibung, membetulkan selimut adik barunya yang kini berselerak di sana sini. "Kau penat. Tidurlah semula, Dik. Esok kau nak pergi bermain dengan kawan-kawanmu lagi."

“Mak dan ayah Nibung ... bilakah mereka nak datang ke sini untuk ambil Nibung? Dah lama dah Pak Cik Utih dan Pak Cik Uda bawa Nibung ke sini. Kawan-kawan lama di kampung ... dan saudara mara ... rindunya Nibung kepada mereka."

Rintihan anak yang kebingungan itu menusuk Kembang Seri Wangi dengan sungguh tajam dan dalam pada jiwanya yang masih begitu muda. Namun dia berusaha semampunya untuk mempertahan ketenteramannya. Dia terpaksa menggagahkan dirinya untuk adiknya.

“Nibung, Dik” dia bersuara dengan nada lembut dan meredakan. "Emak dan ayahmu ... mereka telah pergi ke suatu tempat yang amat jauh dari sini ... agar mereka tidak lagi diganggu oleh orang-orang jahat itu. Bersabarlah. Suatu hari nanti ... apabila mereka sudah bersedia ... mereka akan datang ke sini untuk mendapatkanmu."

Demikian Kembang Seri Wangi, tanpa jemu atau bosan, menjaga dan melayani dua kanak-kanak itu. Mententeramkan mereka setiap kali dia merasakan gelora bangkit meruntun jiwa kecil mereka. Hari demi hari, malam demi malam, dia belajar menunaikan tugas dan tanggungjawab barunya sebagai seorang kakak.
Sebaik Nibung terlena semula, Kembang Seri Wangi bingkas bangun dan membuka jendela biliknya sedikit. Dia melenggak ke langit malam, memerhati sang rembulan muncul, menghilang di sebalik awan gemawan, kemudian muncul kembali.

“Oh Purnama, Sang Dewa Bulan,” dia merintih. "Mengapakah penakluk jahat negeri kami ini masih terus menzalimi orang-orang kami ... masih terus mengganas dan menganiayai mereka? Memukul dan menyiksa mereka ... menyakiti isteri dan anak gadis mereka mereka, merompak dan merampas tanah dan harta benda mereka, memusnah dan membinasa segala di mana jua. Apakah dosanya adik-adikku ini ... hingga mereka kehilangan keluarga dan kampung halaman ketika masih sebegini kecil? Apakah salahnya emak dan ayah mereka ... hingga mereka didera, dicedera dan dibunuh dengan begitu kejam?"

Tanpa disedarinya, air mata berhimpun dimatanya, lalu mengalir meniti pipinya yang hangat.

“Wangi,” Adhi Vira menggeliat, bangun perlahan-lahan, menggosok-gosok matanya, dan meninjau ke arah bilik tidur anaknya.

“Ayah!” Kembang Seri Wangi menoleh, tersentak dia daripada lamunannya. "Terkejut Wangi."

“Maafkan Ayah, Nak. Kau belum tidur lagi?"

“Sudah, Ayah. Tapi Wangi tersedar semula oleh tangis dan tempik Nibung dan Pinang dalam tidur mereka."

“Ayahpun sama.”

“Mereka berdua seperti terganggu oleh mimpi buruk mereka."

“Janganlah kau terlalu runsing tentang mereka, Sayang. Mereka akan beransur-ansur pulih semula daripada pengalaman pedih mereka itu. Masa yang akan menjadi penawar luka mereka. Apa yang paling penting adalah ... kita sentiasa menjaga mereka dengan baik ... dengan segala kemampuan kita."

“Wangi juga berharap begitu, Ayah. Mereka kanak-kanak malang. Begitupun ... Wangi dapat merasa ... seperti mereka bakal membawa tuah kepada keluarga kita. malah sekarangpun ... dengan kehadiran mereka sahaja ... seperti telah mengubati kesunyian ... yang acap kali Wangi rasakan ... di rumah kita selama ini."

Demikianlah sifatnya Kembang Seri Wangi. Baru saja mencecah sepuluh tahun usianya, tetapi tutur katanya sering kali kedengaran lebih elok tersusun daripada ramai kanak-kanak lain yang jauh lebih tua daripadanya. Barangkali, kerana sudah lama terpaksa mencari penyelesaian sendiri dalam setiap keadaan yang mana seorang gadis kecil lain akan segera berlari mencari ibunya, telah membuat dia matang agak cepat daripada kawan-kawan yang lain.

“Ayah akan bahagia jika itu yang berlaku, Wangi," ujar Adhi Vira. "Apapun ... seperti ada orang berkata ... di sebalik sesuatu yang buruk itu ... kadang-kadang ada tersembunyi sesuatu yang baik."

"Ayah fikir begitu? Tapi apakah baiknya yang ada ... pada penganiayaan dan pembunuhan ... orang-orang yang tidak berdosa di Bukit Panau itu?"

"Ayah tak tahu jawapan yang tepat kepada itu, Nak. Tapi apa yang boleh Ayah katakan adalah ... kita tidak boleh ... dan kita tidak akan ... membiarkan perkara itu berlalu tanpa sebarang tindakan. Akan ada balasnya suatu hari nanti. Bak kata orang ... siapa berpegang diikut, siapa berhutang dituntut. Sejauh itu Ayah boleh berjanji."

"Emak Nibung datang bertemu Nibung dalam mimpi!" Nibung meluru ke pintu bilik, membuat Kembang Seri Wangi tersentak. "Sekarang Nibung tahu apa yang sudah berlaku. Ajarlah Nibung bertempur, Tuan. Nibung mahu menghadapi pembunuh-pembunuh kejam itu suatu hari nanti. Nibung mahu menuntu bela terhadap perbuatan mereka."

"Pinang pun sama, Tuan," Pinang pula muncul di sisi sepupunya. "Binatang-binatang itu telah memusnahkan keluarga dan hidup kita. Pinang mahu bunuh mereka semua."

"Ajarlah Wangi juga, Ayah," Kembang Seri Wangi ikut serta dengan kedua adik barunya, suaranya kini kedengaran tegas dengan semangat dan keazaman. "Wangi nak bertempur bersama Nibung dan Pinang. Wangi nak bebaskan negeri kita ini daripada penjajah jahat dan kejam. Wangi nak pulihkan maruah dan mertabat orang-orang kita."

"Syabas! Syabas!" ujar Adhi Vira. "Kita bahagia dan bangga mempunyai anak-anak yang bersemangat tinggi dan berjiwa berani seperti dema semua di bawah jagaan kita. Apabila dema semua cukup bersedia, anak-anak ... apabila dema semua cukup dewasa untuk belajar ilmu pahlawan ... akan kita perturunkan segala-galanya kepada dema."

"Sementara itu," putera itu meneruskan selepas terdiam seketika, "dema seharusnya menjalankan kehidupan seperti kanak-kanak ... dan menikmatinya seperti yang seharusnya dinikmati oleh semua kanak-kanak. Apabila sampai masanya ... apabila dema sudah cukup besar dan cukup gagah ... kita dengan sepenuh rela dan bahagia akan menerima dema semua untuk menyertai kita dan kawan-kawan kita ... dalam perjuangan kami menuntut merdeka ... menentang musuh-musuh kita yang sombong dan bongkak itu."

Ketiga kanak-kanak itu terdiam sejenak. Setiap seorang daripada mereka punya dendam yang ingin dibalas. Namun mereka seakan tiba-tiba diselubungi angin ketenangan yang memeluk dan membelai mereka, mententeramkan jiwa mereka. Sejurus kemudian, Kembang Seri Wangi mengajak adik-adiknya menuju ke tikar tidur mereka semula.

Adhi Vira seorang pahlawan tegar. Dia faham benar tentang dendam kusumat dan keinginan untuk menuntut bela, perasaan yang tercipta semula jadi dalam diri setiap manusia untuk membuat perhitungan terhadap sesuatu penganiayaan yang telah berlaku kepada dirinya. Dia juga maklum akan hebatnya dan perkasanya perasaan itu.

Demi negeri warisan keluarganya, negeri Amdan Negara yang telah tumbang, serta seluruh rakyatnya yang sekian lama terperas dan tertindas, dia sentiasa berusaha segigihnya untuk memperguna perasaan sedemikian.

Angin awal pagi mula berbisik dari arah ketujuh gunung berhampiran rumah itu. Kembang Seri Wangi menutup semula jendela bilik tidurnya. Dia membetulkan lagi selimut yang menyelubungi adik-adiknya, Nibung dan Pinang, agar tubuh-tubuh kecil mereka terlindung daripada angin gunung yang semakin dingin.